syok ja tengok budak-budak. riang, tak ada masalah. aku tetiba teringat balik zaman kanak-kanak aku
best, memang best..macam-macam permainan kami main. bukan cam budak-budak zaman sekarang, teknologi suma bagai. kami dulu, tradisional semua bagai. antara permainan tu:
(sila guna nada bahasa kedah)
- batu selambut (aka batu seremban)
- aci ligan (aka main kejar-kejar)
- ulung (galah panjang)
- polis entry (main polis dengan pencuri)
- masak-masak
- jengket-jengket (aka ting ting)
- zero point (aka main getah)
- tuju kasut
- congkak
- layang-layang (buat dari surat khabar dengan lidi)
tapi yang paling aku tak dapat lupa, aku ngan kawan-kawan aku masuk hutan, daki bukit. aku ingat lagi, time tu pagi, pukul 8. disebabkan time tu, mak aku keja pagi, jadi tak ada sapa-sapa kat rumah aku except arwah ayah aku. arwah ayah aku sporting, aku kata ja nak keluar main, dia bagi hee.
google
actually, bukit tu dekat dengan tadika aku and dekat dengan masjid. dekat kampung. kat sana ada banyak pokok getah.kami saja pergi cari biji getah sebab nak buat peluru nak main polis-polis petang nanti. tau tak biji getah cam mana? ni ha
google
memang banyak kat sana, banyak plastik la jugak kami dapat. last-last jumpa ngn anjing, mau lari kami lima orang hahahaah.
petang pulak, main aci ligan (main kejar-kejar). dah tu, aku kena kejar ngan budak ni, dah la kuat lari, mau patah kaki aku. dalam game tu, kami juga dibenarkan untuk menyorok and port yang selalu yang jadi favourite kami adalah rumah mak cik yang dekat ngan bukit depan rumah aku yang lama dulu. mak cik tu petang2, dia duk buat kuih. pastu masak pakai kawah besar.aku pun tak pasti apa dia masak dalam kawah tu. mau berpeluh la jugak kami menyorok kat situ haha tp mak cik tu sporting, dia oke ja. bila ada budak-budak cari aku, mak cik ni baik punya cover line
budak A: mak cik, nampak dak linda n the geng lari kut sini
mak cik: tak dak pon, depa lari kut ataih bukit tu kot
**pandai betoi mak cik cover line hehe**
gelak kami yang duk menyorok ni haha
tapi, yang paling aku pasti, zaman kanak-kanak aku memang meriah. aku sangat-sangat suka zaman tu. fikiran tak berat, hati tak sesak, otak tak payah nak fikir yang bukan-bukan, tak ada masalah, bebas ja. seronok kan kalau dapat jadi budak-budak balik?