as salam
semalam, aku dan famili aku pergi rumah adik beradik mak aku sebab semalam dorg buat kenduri arwah. aku ni sampai sekarang pun tak boleh nak hafal susur galur adik beradik mak aku. jap, jap tokwan ni kawin ngan tok ni. pastu, dapat anak ni. pastu ada anak tiri. pastu anak, anak ni. pastu last-last, aku pun pening. tapi, tak apa lah, janji aku kenal juga haha even tak semua yang aku taw. bila ada kenduri ja, aku pun mula la tanya mak aku dengan soalan cepu cemas yang memang tak lekang setiap kali aku nampak adik beradik yang aku tak pernah nampak.
aku:Mak, yang tu sapa mak?
mak: Ala, tu kan anak bla bla bla...hg ada jumpa dulu
aku: Ha? Blur*** Pening***
aku tanya lagi
aku: Yang mana ni mak?
mak: Hg ni..
aku: Heheheehe
diteruskan, dengan bahu yang sakit, aku pun pergi lah. sedap, mkn mee kuah.ada la kuih sikit2 sebab kami pergi pun dah malam. majlis tu start lepas asar. aku pulak tak makan lagi malam tu, memang tambah la hahaha
perggghhh sedap
dan setiap kali, ya setiap kali jugak la, kalau aku pergi rumah adik beradik mak aku yang ni, memang topik hangat yang diperkatakan ialah
(sila guna nada loghat Kedah)
mak cik A: Oh, jadi tanah ni dapat kat hg la?
mak cik B: Dak,tanah ni dulu hat mak cik C punya, tapi dapat kat aku
mak cik A: Ohh, tu rumah ni, hg buat len ka?
mak cik B: Ha, buat len. tambah apa yang patot
mak cik A: Aku ingat kan dulu tanah ni mak cik D punya. dulu duk kata nak, tapi orang tak bagi, xboleh la kan, bukan kita punya
mak cik B: Tu la, tanah hat belakang tu kata, mak cik E nak balik. taw la nak kata cm na
pastu, bla, bla bla, tanah, tanah, tanah. semua nak berebut tanah. aku cakap cam ni kat mak aku
aku: Setiap kali mai, xdak topik len, tanah, tanah, tanah. seb bek kita duk Kulim nuhh, aman tenteram
mak: **Senyum**
aku: Hehe
biar lah, janji mak aku bahagia dengan apa yang ada sekarang ni. memang, memang kami tak kaya-raya macam orang lain tapi aku tetap bahagia. cukup untuk makan, pakai, itu pun dah cukup2 bagi aku. yang paling penting, aku ada mak aku. harga yang tidak ternilai. aku sangat lega aku tak duduk kat situ sebab mostly yang duduk kat area tu, semua adik beradik mak aku jugak. mak aku tak pernah pun dapat macam apa yang dorg dapat sekarang ni. tapi, aku lagi lega macam tu. dada pun tak sesak, hati pun tak sakit. bukan nak kata yang dorg tu jahat tak baik, sesetengah ja. overall oke ja. dorg still ingat kat mak aku kalau ada gathering macam ni. just dalam bab-bab ni ja. hehehe aku tak rasa apa-apa pon, aku oke ja. biasalah tu mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. bohong lah kalau tak pernah buat salah. aku pun buat salah jugak. so, biasalah tu. tak boleh nak kata apa-apa.
pastu, masa nak balik, ntah macam mana, mak cik yang panggil mak aku makan kenduri ni (aku tak tau apa pangkat patut aku panggil dia) cakap ngan mamat. laaaaa, anak mak cik tu kaaaa.adoyai, aku tak pernah nampak pun selama aku pergi rumah mak cik ni. agak kerap la jugak aku pergi. memang la tak pernah nampak, dia balik cuti. kerja ka, belajar ka, aku pun tak taw. adoyai, kira adik beradik jugak la ni huh padan muka, tu la tak taw lagi adik beradik sendiri ahahahahahaah
No comments:
Post a Comment