TUKANG CATAT MASA

TUKANG KIRA

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

HEY!

as salam
aku happy sangat hari ini. dona ada kat rumah aku tadi hehehe dia tumpang tidur kat rumah aku. tadi baru aku pergi hantar dia dekat rumah nabilah pula. tak sabarnya nak balik! can't wait!! tak sabar nak lepak sesama. husna pun balik jugak!yeay!!

Thursday, July 7, 2011

LIBRARY ORIENTATION

as salam
oke, baru ja tadi aku lepas buat library orientation atau dalam bahasa melayunya pengenalan kepada library. sebenarnya, students baru dah masuk dan start sem baru. jadi, library orientation ni di masukkan kedalam salah satu agenda dan program students pada hari ini. mostly, students dari jabatan perdagangan.

macam UiTM Merbok, Kedah jugak, time library orientation aku dulu-dulu. masa tu semester 1 diploma. memang tak tau apa-apa. bila staff tu terang ja kat aku, aku jadi cam rasa teruja gila. rasa macam WAUUU, OHHHH, TUDIAAA, MENARIK.hahaha well budak-budak lagi kan time tu. aku memang tak tau apa-apa pasal sistem or computer masa tu.

kami bawa dorang keliling library ni, level atas dan bawah.ada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada daam 20 lebih orang. semua muka innocent ja hehehe ***bayangkan macam aku dulu-dulu la***

bagus juga library orientation ni. students baru dapat kenal library dengan lebih tentang library, macam mana nak pinjam buku, kemudahan apa yang ada dan semualah. tapi nanti, dorang akan tanya jugak bila dorang datang balik library ni. tapi tak apa lah, janji diorang dapat gambaran mengenai library ni. bukan setakat pinjam buku, baca buku ja.

Tuesday, July 5, 2011

happy!

as salam
hee, semalam, aku happy sangat
sangat happy and semua sebab engkau
engkau cakap tak berhenti kan
mau patah tulang pipi aku ni gelak dekat engkau
hahahaahaha tapi tak apa
aku suka

ishh, aku rasa secure gila bila dengan engkau
tak payah aku nak control-control
just be myself
engkau dah buat aku angau, tau tak?
engkau, engkau, engkau, SENGET!!
hahahahaah

kalau boleh, nak duduk lagi lama-lama semalam
tapi, tak boleh
tak apa, janji muka aku ni, mata aku ni, nampak engkau kat depan aku
banyak betul cakap, lepas satu, satu
tak bagi aku chance langsung nak cakap hehehe
tapi tak apa aku suka

engkau, engkau, engkau
tapi aku tau
aku tak akan dapat engkau sampai bila-bila
biarlah kita macam ni pun aku tak kesah
janji, yang aku tau, engkau akan dengan aku
tak kira lah apa pun nama hubungan kita ni
aku tak kesah
sebab


AKU SUKA ENGKAU!

Sunday, July 3, 2011

adoyai

as salam
ok, pernah tak korang kena pergi beli lampin pakai buang untuk anak sedara or untuk adik korang or untuk sesapa ja? well, aku kena semalam. kak cik aku suruh aku pergi beli.

(sila guna nada bahasa kedah)
kak cik: Linda, p beli sat pampers size S, cap apa pun  tak apa, janji murah **jimat**
aku: ok

dikedai

aku: adik, pampers budak-budak ada dak?
penjual: ada, kat sana
aku: ok2

aku pun tengok la satu-satu. ada yang mahal sangat, ada yang murah sangat. ya la, first time beli, mana la aku taw. takut silap beli nanti, naya aku bak kata orang kedah. aku pun menggunakan akal yang diberi ini sambil merenung ke arah tempat pampers itu berada.

google

semua nampak sama ja. tiba-tiba aku tengok

aku: ha, yang ni murah..erkkk, tapi berapa keping ni?

aku belek punya belek punya belek tapi tak jugak tunjuk berapa keping ada. haish, aku nak jadi pembeli yang berjaya ni, nanti kak cik aku marah puak kalau beli yang salah.

aku: ishh, mana ni, tak tunjuk pun berapa keping.

aku pun malas dah, aku pusing belakang pampers tu, aku kira sendiri hahahahahahaha briliant

sampai kat rumah

aku: ni, linda beli hat ni, tak tau la berapa keping. dia tak bagitau pun
kak cik: ha, tak apa. yang ni pun ok. laa, kan kat depan tu ada, tulis.
aku: laa, kat mana?
kak cik: tuu
aku: laa, awat briliant sangat aku ni

**padan muka, tu la. aku pun tak tanya kat penjual tu. briliant sangat kan**

aku tak taw la, aku rasa aku seorang ja kut yang tak dapat nak cari kat mana penunjuk untuk keping pampers tu. ya, mungkin aku seorang ja. oh tidak!! kenapa la mata empat ni pun tak nampak. macam lawak ja kalau ingat-ingat balik. mau aku spend masa berminit-minit kat kedai tu. siap terbalik kira pampers tu.

brilliant linda, brilliant!!
google

s 26. aku ingat kan sama macam kat bawah ni

google
yang ni pun s 26 jugak.adoyai. memang la aku ni.ya, aku taw yang ni susu tapi aku tak taw la pulak function s26 tu ada maksud sebenarnya. aku keliru dengan number ni la time nak beli pampers untuk anak sedara aku hari tu. haihhh.next time, aku dah taw dah hehehe